Khas buatmu capital AI

YA ALLAH, kau permudahkanlah segala urusannya di dunia dan juga di akhirat. dengan itu kau tunjukkanlah kepadanya jalan yang lurus iaitu jalanmu YA ALLAH. engkau temukanlah dia dengan wanita solehah yang boleh menjaganya seumur hidup kerana aku tidak lagi mampu untuk berbuat sedemikian. engkau ampunilah dosa-dosa kami, dari sebesar-besar dosa hinggalah sekecil-kecil dosa kami YA ALLAH. engkau panjangkanlah jodohnya dengan sesiapa yang telah engkau tetapkan untuknya kerana sesungguhnya aku mahukan yang terbaik untuk dirinya. YA ALLAH, tabahkanlah hatinya dan kuatkanlah imannya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. aku juga mohon padamu YA ALLAH agar engkau luputkan segala memori kami dari hatinya kerana itulah yang bakal menghalang kebahagiaannya dan janganlah biarkan dia menitiskan walau setitik airmata kerana aku mahu dia sentiasa bahagia.

tetapi YA ALLAH, andai dialah jodoh yang engkau tetapkan untukku, engkau permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan hubungan yang halal disisimu. engkau kuatkanlah hati kami untuk mengharungi onak duri kehidupan dan engkau kukuhkan kasih kami agar ianya kekal abadi.

YA ALLAH, aku mohon kepadamu, engkau tunjukkanlah kepadaku apakah benar keputusanku ini?apakah benar jalan yang kupilih ini?kerana sesungguhnya engkaulah YANG MAHA MENGETAHUI akan setiap sesuatunya

0 comments:

copyright@segala yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik faz-diela.blogspot