kau Jodohku 3

Mereka berdua masing-masing terkejut sebaik melihat pasangan tersebut menuju ke arah mereka. Dengan selambernya lelaki tersebut menyapa Anis. Dengan sedaya upaya Anis memanis wajahnya namun  dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya melihat sikap lelaki tersebut yang seperti tidak bersalah. Mungkin lelaki tersebut sudah melupakan peristiw yang belaku hampir 6 tahun yang lepas. Lelaki tersebut ialah Farith, bekas kekasih Lieya sewaktu zaman remaja. Lieya yang berdiri di sebelah Anis hanya diam seribu bahasa dan dengan riak wajahnya seperti menunjukkan tidak ada apa-apa yang berlaku diantara dia dan Farith selama ini. "Hai Anis, kau apa khabar?" dengan ramahnya Farith menegur Anis. "Alhamdulillah, aku sihat je. Kau apa cerita sekarang dah lama aku tak dengar cerita tentang kau?" kata Anis kepada Farith. Lieya yang berada di situ hanya menjadi pendengar cerita tersebut. "Ehh Anis kau tak nak kenalkan kawan kau yang cun melecun ni dekat aku ke?" kata Farith. Hmmm..betullah sangkaan Anis yang farith ni masih tidak dapat mengenali wanita yang berdiri di sebelahnya ini adalah bekas teman wanitanya sendiri. Dia tidak menyalahkan Farith sekiranya tak dapat mengacam Lieya kerana dia sendiri pada mula-mula agak terkejut melihat perubahan yang amat besar dalam diri sahabat baiknya itu, terlalu bebeza penampilan Lieya yang dahulu sebelum beliau menyambung pelajaran ke luar negara.Tetapi Alhamdulillah peruban yang dibuat Lieya adalah banyak ke arah kebaikan, tidak seperti dahulu lagi. Anis memikirkan inilah saatnya untuk memperkenalkan Leiya kepada Farith. Teringin jugak dia nak melihat respon faritha setelah mengetahui yang wanita yag berada di sebelahnya itu adalah seseorang yang pernah menjadi suri di hatinya. "Ish Farith oiii tak kan kau tak kenal ni siapa?"kata Anis. "Betullah aku pun tak tahu ni siapa, kan dia kawan kau mana lah aku nak tahu. Tapi muka dia ni rasa macam familiar sangat lah"jawab Farith. Anis menjawab "Memang familiar sangatlah weyyy ni kan ex-girlfriend kau". "Anis don't tell me that Lieya is back??"kata Farith dengan riak wajahnya yang sudah berubah, nampak seperti terkejut.Anis menjawab "yes Lieya is back, dah lama dia balik sini. Kenapa muka kau berubah? kau terkejut ke?" Lama farith mendiamkan diri, lidahnya kelu untuk berkata-kata tetapi matanya tidak lepas memandang wajah yag amat dirinduinya itu. Setelah sekian lama dia berdoa agar dapat dipertemukan kembali dengan Lieya setelah semuan yang belaku 6 tahun lalu. Lieya sudah merasa tidak selesa denga pandangan yang diberikan oleh Farith, dia mengambil keputusan untuk mengajak Anis cepat-cepat beredar dari situ. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi berada dalam keadaan itu. Bersambung....

HOTSTUFF @ HOTSENTAP???

                                                           Assalamualaikum w.b.t..
Korang semua sihat tak?Cuba tengok tajuk entry kali ni HOTSTUFF @ HOTSENTAP??
Dekat facebook memang famous lah perkataan ni..sikit-sikit perkataan ni je yg keluar dlm status..Seriusly aku memang dah naik jemu dengar perkataan tu..tetiba jha dapat idea nak tulis pasal benda ni. actually memang ramai pengguna facebook yang gila HOT. Masing-masing pakat berebut nak jdy budak hot...Kononyan kalau status kita dekat fb tu dapat like banyak kita ni HOT..Plizzz lha weyyy kalau status kau tu berjuta orang like pun kalau kat luar org tak kenal baik tak payah!! Satu lg kan ramai yang asyik dok mengagungkan budak2 yang hot dekat fb ni knp erk?? Musykil aku, yelahhh korang je yang kenal budak hot tu tp dea tu haram tak kenal kau pun.. Kalau hari Rabu je mesty set2 ni akan keluar hang out dekat mall..Bajet je lebihhh. .Dressing mengalahkan artis setakat nak pergi tengok wayang je pun..Dok perasan ada orang nak mintak autograf ke?? Kalau setakat bergaya je lebih tapi semua benda kau nak paw orang baik tak payah lah derrr... Boleh belah dengan kau punya HOT tuhhh!!!

p/s:sori untuk sesiapa yang terasa :)

kau Jodohku 2

 Kini sudah hampir seminggu lieya di Malaysia. Dia berhasrat untuk tidak mula bekerja lagi kerana mahu menghabiskan masanya dahulu untuk bersuka-ria sebelum memulakan pekerjaan. Rindunya terhadap tanah air sudah terubat namun disebalik semua itu jauh di sudut hatinya dia amat merindui seorang jejaka yang pernah hadir dalam hidupnya suatu ketika dahulu. Pada keesokkan harinya lieya bercadang untuk menghabiskan waktunya dengan bersiar-siar ke tempat yag menjadi kegemarannya sewaktu zaman persekolahan..Lieya masih berhubung dengan kawan-kawan lamanya sewaktu di sekolah menengah. Sekarang kan zaman dah maju, walau di mana jua kita berada, kita masih boleh berhubung. lieya mengajak sahabat baiknya sewaktu sekolah iaitu Anis Azmiera untuk menemankannnya. Anis merupakan teman akrab Lieya semenjak dia berpindah ke sekolah itu. Kebetulan hari itu ialah hari rabu, jadi mereka berdua bersetuju untuk pergi ke Sunway Carnival Mall untuk menonton wayang. Sampai sahaja di situ, mereka terus naik ke tingkat atas untuk pergi membeli tiket wayang. Kebetulan pada waktu itu cerita 3 Temujanji sedang ditayangka jadi Anis mencadangkan untuk menonton fiilem tersebut. Lieya hanya menurut, lagipun dia sendiri sudah lama tidak merasa mononton wayang di situ. Tiket tersebut pada jam 1.15 petang, jadi mereka masih mempunyai 45 minit lagi masa untuk bersiar-siar di sekitar pusat membeli-belah tersebut. Mereka berdua berjalan menuju ke kedai buku Popular yang terletak di tingkat 2. Ketika itu, Lieya terpandang seraut wajah seorang lelaki yang seperti pernah dikenalinya. namun dia tidak berani menyatakan perkara tersebut kepada Anis. Kata hatinya amat kuat menyatakan bahawa betullah lelaki tersebut ialah orang yg amat dikenali nya dulu. Lelaki tersebut sedang berjalan sambil berpegangan tangan dengan seorang wanita. "Mungkin perempuan itu kekasih dia"  secara tidak sengaja terkeluar ayat tersebut dari bibirnya. Anis yang terdengar ayat tersebut terus memandang kearah pasangan tersebut. Terus berubah wajah Anis sebaik sahaja terpandang pasangan tersebut....Bersambung..
copyright@segala yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik faz-diela.blogspot