kau Jodohku 3

Mereka berdua masing-masing terkejut sebaik melihat pasangan tersebut menuju ke arah mereka. Dengan selambernya lelaki tersebut menyapa Anis. Dengan sedaya upaya Anis memanis wajahnya namun  dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya melihat sikap lelaki tersebut yang seperti tidak bersalah. Mungkin lelaki tersebut sudah melupakan peristiw yang belaku hampir 6 tahun yang lepas. Lelaki tersebut ialah Farith, bekas kekasih Lieya sewaktu zaman remaja. Lieya yang berdiri di sebelah Anis hanya diam seribu bahasa dan dengan riak wajahnya seperti menunjukkan tidak ada apa-apa yang berlaku diantara dia dan Farith selama ini. "Hai Anis, kau apa khabar?" dengan ramahnya Farith menegur Anis. "Alhamdulillah, aku sihat je. Kau apa cerita sekarang dah lama aku tak dengar cerita tentang kau?" kata Anis kepada Farith. Lieya yang berada di situ hanya menjadi pendengar cerita tersebut. "Ehh Anis kau tak nak kenalkan kawan kau yang cun melecun ni dekat aku ke?" kata Farith. Hmmm..betullah sangkaan Anis yang farith ni masih tidak dapat mengenali wanita yang berdiri di sebelahnya ini adalah bekas teman wanitanya sendiri. Dia tidak menyalahkan Farith sekiranya tak dapat mengacam Lieya kerana dia sendiri pada mula-mula agak terkejut melihat perubahan yang amat besar dalam diri sahabat baiknya itu, terlalu bebeza penampilan Lieya yang dahulu sebelum beliau menyambung pelajaran ke luar negara.Tetapi Alhamdulillah peruban yang dibuat Lieya adalah banyak ke arah kebaikan, tidak seperti dahulu lagi. Anis memikirkan inilah saatnya untuk memperkenalkan Leiya kepada Farith. Teringin jugak dia nak melihat respon faritha setelah mengetahui yang wanita yag berada di sebelahnya itu adalah seseorang yang pernah menjadi suri di hatinya. "Ish Farith oiii tak kan kau tak kenal ni siapa?"kata Anis. "Betullah aku pun tak tahu ni siapa, kan dia kawan kau mana lah aku nak tahu. Tapi muka dia ni rasa macam familiar sangat lah"jawab Farith. Anis menjawab "Memang familiar sangatlah weyyy ni kan ex-girlfriend kau". "Anis don't tell me that Lieya is back??"kata Farith dengan riak wajahnya yang sudah berubah, nampak seperti terkejut.Anis menjawab "yes Lieya is back, dah lama dia balik sini. Kenapa muka kau berubah? kau terkejut ke?" Lama farith mendiamkan diri, lidahnya kelu untuk berkata-kata tetapi matanya tidak lepas memandang wajah yag amat dirinduinya itu. Setelah sekian lama dia berdoa agar dapat dipertemukan kembali dengan Lieya setelah semuan yang belaku 6 tahun lalu. Lieya sudah merasa tidak selesa denga pandangan yang diberikan oleh Farith, dia mengambil keputusan untuk mengajak Anis cepat-cepat beredar dari situ. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi berada dalam keadaan itu. Bersambung....

0 comments:

copyright@segala yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik faz-diela.blogspot