Muncul Kembali

Assalamualaikum semua...                                                            


Fuhh...dah berhabuk blog nieyh sebab dah berkurun lama tak buka. Lebih kurang 5 bulan jugak tak update entry terbaru. Seriusly memang sibuk yang teramat sangat sekarang. Tapi malam ni saya cuba jugak untuk update perkara terkini dekat blog ni sebab tetiba rasa macam nak menulis. Macam-macam perkara dah berlaku yang menyebabkan kita semakin hari semakin dewasa. Makin banayak pengalaman yang diperoleh dan semakin banyak masalah serta dugaan yang mendatang dan perlu ditempuhi dengan hati yang tabah. Hari ni 27 April 2013 tinggal lebih kurang 9 hari lagi sebelum PRU ke 13 berlangsung. Di sepanjang jalan terdapat bendera parti masing-masing yang dipasang mengikut kreativiti masing-masing. Nak bercerita lebih tentang perkara ni pun tak boleh sebaba umur pun tak cukup lagi. Lambat lagi lha nak peluang untuk mengundi. Apa-apa pun kita nantikan saja 5 Mei nanti untuk melihat sipa yang bakal menang. Sampai sini sahaja entri kali ini. Mata dah kuyu sebab busy dengan kelas tambahan. Memangdangkan tahun ni nak SPM, so tak salah kalau nak berkorban sikit. Wish me luck :)

p/s: esok sekolah ganti untuk cuti hari raya cina yang dah lepas lama..huhu kemalasan untuk ke sekolah, walaupun esok balik awal :)

0 comments:

copyright@segala yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik faz-diela.blogspot