Kau Jodohku…
Sudah hampir lima tahun Alieya Azriana tidak menjejakkan kaki ke tanah air setelah melanjutkan pelajarannya ke Russia dalam bidang perubatan. Kini dia pulang untuk selamanya setalah tamat pelajarannya. Ketika menolak bagasi keluar dari balai ketibaan lieya terpandang seraut wajah yang dapat memukau pandangannya. Tetapi secepat mungkin lieya cuba menidakkan apa yang difikirkannya. Dari jauh dia dapat melihat wajah-wajah ahli keluarganya yang amat dirindui. Sekian lama sudah tidak bertemu muka kini mereka bertemu kembali. Sebaik sahaja terlihat wajah ibu dan ayahnya lieya terus berlari mendapatkan mereka,memeluk kedua ibu bapanya yang sungguh dirindui. Airmata kegembiraan menitis. Turut hadir menyambut kepulangannya ialah kakak dan abang-abangnya serta bapa dan ibu saudara lieya. “Wahhhh, akak tengok kau ni lieya makin cantik je sejak duduk dekat negara orang” kata kak Nora kepada Alieya Adzriana. Lieya hanya mampu membalas dengan senyum. Memang tidak dinafikan lieya memilki wajah yang sungguh menawan, secantik namanya. Hidungnya yang mancung serta kulit yang putih memang menyerlakan lagi kecantikkannya. Bersambung.....

1 comments:
weh mna smbungannya..aq dah x sabo nak baca ni..ang buat la cepat2..aduss...cepat tau..
Post a Comment