kau Jodohku 2

 Kini sudah hampir seminggu lieya di Malaysia. Dia berhasrat untuk tidak mula bekerja lagi kerana mahu menghabiskan masanya dahulu untuk bersuka-ria sebelum memulakan pekerjaan. Rindunya terhadap tanah air sudah terubat namun disebalik semua itu jauh di sudut hatinya dia amat merindui seorang jejaka yang pernah hadir dalam hidupnya suatu ketika dahulu. Pada keesokkan harinya lieya bercadang untuk menghabiskan waktunya dengan bersiar-siar ke tempat yag menjadi kegemarannya sewaktu zaman persekolahan..Lieya masih berhubung dengan kawan-kawan lamanya sewaktu di sekolah menengah. Sekarang kan zaman dah maju, walau di mana jua kita berada, kita masih boleh berhubung. lieya mengajak sahabat baiknya sewaktu sekolah iaitu Anis Azmiera untuk menemankannnya. Anis merupakan teman akrab Lieya semenjak dia berpindah ke sekolah itu. Kebetulan hari itu ialah hari rabu, jadi mereka berdua bersetuju untuk pergi ke Sunway Carnival Mall untuk menonton wayang. Sampai sahaja di situ, mereka terus naik ke tingkat atas untuk pergi membeli tiket wayang. Kebetulan pada waktu itu cerita 3 Temujanji sedang ditayangka jadi Anis mencadangkan untuk menonton fiilem tersebut. Lieya hanya menurut, lagipun dia sendiri sudah lama tidak merasa mononton wayang di situ. Tiket tersebut pada jam 1.15 petang, jadi mereka masih mempunyai 45 minit lagi masa untuk bersiar-siar di sekitar pusat membeli-belah tersebut. Mereka berdua berjalan menuju ke kedai buku Popular yang terletak di tingkat 2. Ketika itu, Lieya terpandang seraut wajah seorang lelaki yang seperti pernah dikenalinya. namun dia tidak berani menyatakan perkara tersebut kepada Anis. Kata hatinya amat kuat menyatakan bahawa betullah lelaki tersebut ialah orang yg amat dikenali nya dulu. Lelaki tersebut sedang berjalan sambil berpegangan tangan dengan seorang wanita. "Mungkin perempuan itu kekasih dia"  secara tidak sengaja terkeluar ayat tersebut dari bibirnya. Anis yang terdengar ayat tersebut terus memandang kearah pasangan tersebut. Terus berubah wajah Anis sebaik sahaja terpandang pasangan tersebut....Bersambung..

0 comments:

copyright@segala yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik faz-diela.blogspot