Kembali Semula...

Assalamualaikum...fuhh2 dah berhabuk blog ni rupanya. Now i'm back! Sepanjang setahun di matrik tak pernah sekali pun buka blog ni. Entah kenapa kan? Bajet macam busy. Apa pun alhamdulillah now dah tamat Program Satu Tahun Matrikulasi and result final pun dah diumumkan dua hari lepas, My result? Hahaha. .sobs3 biarlah rahsia :D

     Entah kenapa tetiba malam ni tergerak hati nak buka blog ni dan menulis sesuatu masa tengah sibuk kemaskini permohonan upu & usm tadi. Insyaallah kalau ada kelapangan lagi mungkin ada entry terbaru lepasni. Doakan saya dapat melanjutkan pelajaran.
p/s: Berharap sangat2 dapat masuk USM utk degree. Korang doakan lah faz dapat ye :)


Takziah Diucapkan

                    Bismillahirrahmanirahim....Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia untuk semua.
Cuba korang tengok tajuk entry kali " Takziah Diucapkan". Sebenarnya dielan nak berkongsi berita sedih ni tentang kematian salah seorang junior diela dekat sekolah. Nur Alif  Naim @ Naim Chamakh ni sebenarnya pelajar tingkatan 4 Cemerlang, pelajar aliran sains. Tapi berita yang mengejutkan ni dapat tahu tadi lebih kurang dalam pkul 8.30 malam tadi. Alif mati lemas petang tadi. Ya Allah sesungguhnya ajal maut tu memang ketentuan Allah SWT kan. Kita tak tahu bila ajal kita pulak. Pagi tadi dia masih datng ke skolah and sekarang dia dah takda. Memang mengejutkan dan diharapkan agar semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dikalanga orang2 yang beriman. Al-Fatihah. 

Muncul Kembali

Assalamualaikum semua...                                                            


Fuhh...dah berhabuk blog nieyh sebab dah berkurun lama tak buka. Lebih kurang 5 bulan jugak tak update entry terbaru. Seriusly memang sibuk yang teramat sangat sekarang. Tapi malam ni saya cuba jugak untuk update perkara terkini dekat blog ni sebab tetiba rasa macam nak menulis. Macam-macam perkara dah berlaku yang menyebabkan kita semakin hari semakin dewasa. Makin banayak pengalaman yang diperoleh dan semakin banyak masalah serta dugaan yang mendatang dan perlu ditempuhi dengan hati yang tabah. Hari ni 27 April 2013 tinggal lebih kurang 9 hari lagi sebelum PRU ke 13 berlangsung. Di sepanjang jalan terdapat bendera parti masing-masing yang dipasang mengikut kreativiti masing-masing. Nak bercerita lebih tentang perkara ni pun tak boleh sebaba umur pun tak cukup lagi. Lambat lagi lha nak peluang untuk mengundi. Apa-apa pun kita nantikan saja 5 Mei nanti untuk melihat sipa yang bakal menang. Sampai sini sahaja entri kali ini. Mata dah kuyu sebab busy dengan kelas tambahan. Memangdangkan tahun ni nak SPM, so tak salah kalau nak berkorban sikit. Wish me luck :)

p/s: esok sekolah ganti untuk cuti hari raya cina yang dah lepas lama..huhu kemalasan untuk ke sekolah, walaupun esok balik awal :)

Welcome Back !

Haiii & Assalamualakum semua... Apa khabar? Harap-harap semua sihat keyh. Fuhhhhhh dah lama sangat tak jenguk blog ni, maklumlah sibuk dengan rutin kehidupan yang perlu diselesaikan. Sekarang ni masa cuti sekolah sa, ada banyak masa yang terluang tu yang boleh dok update blog. Pejam celik dah masuk hujung tahun kann? Cepatnya masa berlalu, rasa macam baru masuk form 4. Tengok-tengok tahun depan dah nak SPM. Persediaan untuk spm langsung tak buat lagiii. Cuti ni memang cuti sakan sebab ini adala cuti akhir tahun yang terakhir sebelum meninggalkan alam persekolahan. Oyeahhhh tak sabar nak habis sekolah. Apa pun fikir spm dulu. Tu yang penting sangat, harap-harap boleh dapat result yang cemerlang. Aminnnn :)
p/s: Selamat malam semua.

Selamatkan Gaza

Selamatkan Gaza! Ratusan ribu rakyat Palestin berada di ambang kebuluran manakala kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, pesakit-pesakit serta ribuan yang lain turut berada di kemuncak krisis kemanusiaan di Gaza.



Situasi yang amat kritikal yang sedang berlaku di Gaza ini adalah kerana konspirasi jahat yang dilakukan oleh Yahudi Zionis dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS daripada memerintah Gaza semenjak tahun 2006. Kepungan yang sudah menjangkau dua tahun yang dilakukan oleh rejim Zionis telah memberikan pelbagai kesengsaraan yang berpanjangan kepada rakyat Palestin. Kemuncaknya, akibat gelaran 'entiti musuh' yang telah diluluskan oleh kabinet Israel terhadap HAMAS di Gaza, penduduknya yang seramai 1.5 juta orang telah menerima hukuman secara kolektif daripada Israel.

Masyarakat tempatan dan antarabangsa mengetahui bahawa pilihanraya yang bersih telah berlangsung pada Januari 2006 dengan HAMAS menguasai Semenanjung Gaza dan Tebing Barat dengan mengalahkan Parti Fatah yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Abu Mazein). Pilihanraya yang telah diperhatikan oleh PBB dan diakui sendiri oleh mantan Presiden Amerika Syarikat Jimmy Carter sebagai pemerhati bebas; merupakan pilihanraya yang bersih dan terhindar daripada segala penipuan. Malangnya rejim yahudi zionis tidak memperakui kehendak majoriti rakyat Palestin dengan memperhebatkan serangan tanpa mengira waktu dan tempat, umur dan jantina sehingga menyebabkan rakyat Palestin khususnya di Semenanjung Gaza yang hanya seluas 360 km menderita kesengsaraan. Bukan setakat itu sahaja, sekatan demi sekatan terutamanya kemasukan keperluan utama rakyat Palestin dikuasai sepenuhnya oleh rejim zionis sehinggalah kemuncaknya apa yang berlaku sekarang ini.



Keadaan di Semenanjung Gaza amat menyedihkan dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, barangan keperluan asasi yang lain terutamanya minyak telah disekat kemasukannya oleh rejim zionis melalui pintu-pintu sempadan yang dikawal oleh mereka. Bekalan tenaga elektrik juga tidak dapat diagihkan akibat sekatan kemasukan petrol ke Gaza. Hospital tidak dapat beroperasi dengan para pesakit terus mengalami kesakitan dan ada yang mati kerana kesejukan serta pembedahan yang tidak dapat dilakukan. Anak-anak kecil menangis kelaparan kerana kilang roti tidak dapat membekalkan roti disebabkan bekalan tepung tidak diperolehi. Para pesakit yang ada di hospital terus mengalami penderitaan dan kesakitan kerana ubat yang sepatutnya diberikan kepada mereka tidak diperolehi kerana bekalan ubat tidak sampai. Bayi yang dilahirkan tidak mendapat makanan yang mencukupi yang boleh mengakibatkan kematian, anak-anak yang bersekolah terus menghadapi pelbagai kesusahan kerana bekalan elektrik yang diputuskan dan malam yang gelap adalah fenomena yang terpaksa diterima oleh rakyat Palestin di Gaza. Akibat kesengsaraan dan kezaliman yang berterusan tanpa ada suara pemimpin antarabangsa termasuklah daripada negara Islam sendiri; meletupkan tembok pemisah gergasi di Rafah adalah penyelesaian sementara yang dilakukan oleh pasukan keselamatan HAMAS bagi menyelamatkan rakyat Gaza daripada terus kebuluran dan tidak mendapat keperluan asasi yang sepatutnya diterima sebagai seorang manusia. Adalah diharapkan kerajaan Mesir tidak menutup kembali sempadan Rafah kerana itulah satu-satunya jalan yang digunakan oleh rakyat Palestin di Gaza bagi mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian mereka.

Umat Islam di seluruh dunia perlu menginsafi hakikat ini. Keperitan yang dialami oleh rakyat Palestin yang sudahpun terlalu menderita semenjak tahun 1948 lagi perlu dikongsi oleh seluruh manusia khususnya umat Islam. Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap keprihatinannya sama ada di dalam isu-isu kemanusia dan isu-isu perjuangan untuk kebebasan perlu mengambil bahagian dengan memberikan sumbangan yang tidak berbelah-bahagi kepada rakyat Palestin. Jika dahulu semasa era penjajahan negara-negara kuasa-kuasa besar terhadap negara-negara lain di dunia ini termasuklah di Malaysia, penentangan yang dilakukan terhadap rakyat negara dijajah adalah terhadap negara yang menjajah. Penentangan ini boleh dilihat melalui perjuangan yang dilakukan oleh rakyat negara ini menentang British dan juga Jepun. Walaubagaimanapun apa yang berlaku di Palestin amat berbeza sekali. Ini adalah kerana Palestin dijajah oleh seluruh dunia yang didokongi oleh rejim zionis melalui proksinya Amerika Syarikat. Kesatuan Eropah dan negara-negara lain berganding bahu melumpuhkan Palestin terutamanya di Gaza melalui pelbagai sekatan yang mereka lakukan terhadap rakyat Palestin. Rakyat Palestin berjuang bersendirian bagi memastikan kebebasan mutlak diperolehi oleh mereka. Persengkokolan kuasa-kuasa besar bagi memastikan Palestin terus 'diratah' oleh rejim zionis menunjukkan apa sebenarnya yang dilakukan oleh dunia kepada Palestin khususnya di Semenanjung Gaza.

Keadaan aman yang dirasai oleh rakyat Malaysia perlulah disyukuri dengan nikmat pemberian Tuhan ini. Walaubagaimanapun adakah kita perlu melupakan saudara seakidah kita di Palestin khususnya di Gaza. Adakah kita terfikir di saat kita menyuapkan roti canai dan nasi lemak setiap pagi sama ada di hotel atau di warung, rakyat Palestin di Gaza sedang bertarung dengan nyawa untuk mendapatkan sekeping roti. Adakah kita menyedari di saat kita sedang sakit dan sedang menjalani rawatan di hospital swasta mahupun hospital kerajaan swasta tidak kira kelas berapa, rakyat Palestin di Gaza tidak memperolehi pun ubat-ubat asasi yang diperlukan oleh mereka. Adakah kita menginsafi, kesusahan yang kita alami di Malaysia sekarang masih lagi ada yang prihatin untuk membantu sedang rakyat Palestin di Gaza tiada siapa yang membantu atau prihatin terhadap mereka. Atas dasar sifat kemanusiaan, atas dasar persaudaraan seislam dan atas dasar pegangan akidah, rakyat Palestin di Gaza perlu dibantu. 

Kahwin muda

Assalamualaikum semua..apa khabar? Syukur alhamdulillah kita masih dipanjangkan lagi usia sehingga ke hari ini. Sedar tak sedar hari ni dah masuk hari yang ke-7 umat islam selamat berbuka dan menunaikan ibadah wolat terawih..
  Okay sebenarnya diela ada benda sikit nak kongsi dekat sini dengan korang. Tadi masa tengah online facebook  diela ada tertengok sorang ni share video pasal perkahwinan muda dinatan Shafiq dan Yana. Seriusly memang agak terkejut bila dapat tau yang shafiq tu baru berumur 16 tahun dan Yana pula baru 14 tahun...OMG!! muda gilerr kottt diorang tu kawen. Tapi diela memang tabik lha dekat diorang sebab berani berkagwin diusia yang muda. Apa pun diela harap mereka berdua akan kekal bahagia selamanya.. Ni video majlis perkahwinan mereka yang menjadi kontroversi lha jugak.

kau Jodohku 3

Mereka berdua masing-masing terkejut sebaik melihat pasangan tersebut menuju ke arah mereka. Dengan selambernya lelaki tersebut menyapa Anis. Dengan sedaya upaya Anis memanis wajahnya namun  dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu betapa geramnya melihat sikap lelaki tersebut yang seperti tidak bersalah. Mungkin lelaki tersebut sudah melupakan peristiw yang belaku hampir 6 tahun yang lepas. Lelaki tersebut ialah Farith, bekas kekasih Lieya sewaktu zaman remaja. Lieya yang berdiri di sebelah Anis hanya diam seribu bahasa dan dengan riak wajahnya seperti menunjukkan tidak ada apa-apa yang berlaku diantara dia dan Farith selama ini. "Hai Anis, kau apa khabar?" dengan ramahnya Farith menegur Anis. "Alhamdulillah, aku sihat je. Kau apa cerita sekarang dah lama aku tak dengar cerita tentang kau?" kata Anis kepada Farith. Lieya yang berada di situ hanya menjadi pendengar cerita tersebut. "Ehh Anis kau tak nak kenalkan kawan kau yang cun melecun ni dekat aku ke?" kata Farith. Hmmm..betullah sangkaan Anis yang farith ni masih tidak dapat mengenali wanita yang berdiri di sebelahnya ini adalah bekas teman wanitanya sendiri. Dia tidak menyalahkan Farith sekiranya tak dapat mengacam Lieya kerana dia sendiri pada mula-mula agak terkejut melihat perubahan yang amat besar dalam diri sahabat baiknya itu, terlalu bebeza penampilan Lieya yang dahulu sebelum beliau menyambung pelajaran ke luar negara.Tetapi Alhamdulillah peruban yang dibuat Lieya adalah banyak ke arah kebaikan, tidak seperti dahulu lagi. Anis memikirkan inilah saatnya untuk memperkenalkan Leiya kepada Farith. Teringin jugak dia nak melihat respon faritha setelah mengetahui yang wanita yag berada di sebelahnya itu adalah seseorang yang pernah menjadi suri di hatinya. "Ish Farith oiii tak kan kau tak kenal ni siapa?"kata Anis. "Betullah aku pun tak tahu ni siapa, kan dia kawan kau mana lah aku nak tahu. Tapi muka dia ni rasa macam familiar sangat lah"jawab Farith. Anis menjawab "Memang familiar sangatlah weyyy ni kan ex-girlfriend kau". "Anis don't tell me that Lieya is back??"kata Farith dengan riak wajahnya yang sudah berubah, nampak seperti terkejut.Anis menjawab "yes Lieya is back, dah lama dia balik sini. Kenapa muka kau berubah? kau terkejut ke?" Lama farith mendiamkan diri, lidahnya kelu untuk berkata-kata tetapi matanya tidak lepas memandang wajah yag amat dirinduinya itu. Setelah sekian lama dia berdoa agar dapat dipertemukan kembali dengan Lieya setelah semuan yang belaku 6 tahun lalu. Lieya sudah merasa tidak selesa denga pandangan yang diberikan oleh Farith, dia mengambil keputusan untuk mengajak Anis cepat-cepat beredar dari situ. Dia sudah tidak dapat bertahan lagi berada dalam keadaan itu. Bersambung....

HOTSTUFF @ HOTSENTAP???

                                                           Assalamualaikum w.b.t..
Korang semua sihat tak?Cuba tengok tajuk entry kali ni HOTSTUFF @ HOTSENTAP??
Dekat facebook memang famous lah perkataan ni..sikit-sikit perkataan ni je yg keluar dlm status..Seriusly aku memang dah naik jemu dengar perkataan tu..tetiba jha dapat idea nak tulis pasal benda ni. actually memang ramai pengguna facebook yang gila HOT. Masing-masing pakat berebut nak jdy budak hot...Kononyan kalau status kita dekat fb tu dapat like banyak kita ni HOT..Plizzz lha weyyy kalau status kau tu berjuta orang like pun kalau kat luar org tak kenal baik tak payah!! Satu lg kan ramai yang asyik dok mengagungkan budak2 yang hot dekat fb ni knp erk?? Musykil aku, yelahhh korang je yang kenal budak hot tu tp dea tu haram tak kenal kau pun.. Kalau hari Rabu je mesty set2 ni akan keluar hang out dekat mall..Bajet je lebihhh. .Dressing mengalahkan artis setakat nak pergi tengok wayang je pun..Dok perasan ada orang nak mintak autograf ke?? Kalau setakat bergaya je lebih tapi semua benda kau nak paw orang baik tak payah lah derrr... Boleh belah dengan kau punya HOT tuhhh!!!

p/s:sori untuk sesiapa yang terasa :)

kau Jodohku 2

 Kini sudah hampir seminggu lieya di Malaysia. Dia berhasrat untuk tidak mula bekerja lagi kerana mahu menghabiskan masanya dahulu untuk bersuka-ria sebelum memulakan pekerjaan. Rindunya terhadap tanah air sudah terubat namun disebalik semua itu jauh di sudut hatinya dia amat merindui seorang jejaka yang pernah hadir dalam hidupnya suatu ketika dahulu. Pada keesokkan harinya lieya bercadang untuk menghabiskan waktunya dengan bersiar-siar ke tempat yag menjadi kegemarannya sewaktu zaman persekolahan..Lieya masih berhubung dengan kawan-kawan lamanya sewaktu di sekolah menengah. Sekarang kan zaman dah maju, walau di mana jua kita berada, kita masih boleh berhubung. lieya mengajak sahabat baiknya sewaktu sekolah iaitu Anis Azmiera untuk menemankannnya. Anis merupakan teman akrab Lieya semenjak dia berpindah ke sekolah itu. Kebetulan hari itu ialah hari rabu, jadi mereka berdua bersetuju untuk pergi ke Sunway Carnival Mall untuk menonton wayang. Sampai sahaja di situ, mereka terus naik ke tingkat atas untuk pergi membeli tiket wayang. Kebetulan pada waktu itu cerita 3 Temujanji sedang ditayangka jadi Anis mencadangkan untuk menonton fiilem tersebut. Lieya hanya menurut, lagipun dia sendiri sudah lama tidak merasa mononton wayang di situ. Tiket tersebut pada jam 1.15 petang, jadi mereka masih mempunyai 45 minit lagi masa untuk bersiar-siar di sekitar pusat membeli-belah tersebut. Mereka berdua berjalan menuju ke kedai buku Popular yang terletak di tingkat 2. Ketika itu, Lieya terpandang seraut wajah seorang lelaki yang seperti pernah dikenalinya. namun dia tidak berani menyatakan perkara tersebut kepada Anis. Kata hatinya amat kuat menyatakan bahawa betullah lelaki tersebut ialah orang yg amat dikenali nya dulu. Lelaki tersebut sedang berjalan sambil berpegangan tangan dengan seorang wanita. "Mungkin perempuan itu kekasih dia"  secara tidak sengaja terkeluar ayat tersebut dari bibirnya. Anis yang terdengar ayat tersebut terus memandang kearah pasangan tersebut. Terus berubah wajah Anis sebaik sahaja terpandang pasangan tersebut....Bersambung..

kau Jodohku 1

                                Kau Jodohku…       



 Sudah hampir lima tahun Alieya Azriana tidak menjejakkan kaki ke tanah air setelah melanjutkan pelajarannya ke Russia dalam bidang perubatan. Kini dia pulang untuk selamanya setalah tamat pelajarannya. Ketika menolak bagasi keluar dari balai ketibaan lieya terpandang seraut wajah yang dapat memukau pandangannya. Tetapi secepat mungkin lieya cuba menidakkan apa yang difikirkannya. Dari jauh dia dapat melihat wajah-wajah ahli keluarganya yang amat dirindui. Sekian lama sudah tidak bertemu muka kini mereka bertemu kembali. Sebaik sahaja terlihat wajah ibu dan ayahnya lieya terus berlari mendapatkan mereka,memeluk kedua ibu bapanya yang sungguh dirindui. Airmata kegembiraan menitis. Turut hadir menyambut kepulangannya ialah kakak dan abang-abangnya serta bapa dan ibu saudara lieya. “Wahhhh, akak tengok kau ni lieya makin cantik je sejak duduk dekat negara orang” kata kak Nora kepada Alieya Adzriana. Lieya hanya mampu membalas dengan senyum. Memang tidak dinafikan lieya memilki wajah yang sungguh menawan, secantik namanya. Hidungnya yang mancung serta kulit yang putih memang menyerlakan lagi kecantikkannya. Bersambung.....


OLD MEMORIES

ASSALAMUALAIKUM

Hai hai hai *lambai tangan sambil buat muka comel*. Actually diela xberkesempatan nak update last week sbb tgh exam n hari baru habes exam,,mmg lega gila tahap tapir afrika selatan bila habes je exam td tepat pukul 12.30*buat macam habis exam SPM sedangkan baru exam pertengahan tahun je. Sebenarnya diela nak berkongsi sedikit cerita tentang zaman persekolahan diela.

TAHUN 2000-2001 (Tadika)

-Diela start tadika masa umur 5tahun,,masa tu mmg comel giler muka,,wahhh perasan betul minah sorang ni. Cikgu yang pertama mengajar diela masa tu ialah cikgu Haryati..dea ni kecik je orang nya..seorang cikgu yang amat memahami n baik. Diela ni merupakan student favourite de lha masa tadika sbb kalau apa2 je mesti i'm was the first person got it..kalau masa makan konfirm duduk sebelah cikgu. Masa cikgu mengajar "ABC cekodok basi ........" mesti diela yang akan take over meja cikgu n duduk dekat situ..Klau diela nangis mesty cikgu akan datang pujuk n peluk..sesungguhnya dea mempunyai naluri keibuan yang kuat. Sekarang cikgu yati still lg mengajar dekat tadika yang sama jugak..Bila jumpa cikgu yati sekarang rasa malu-malu kucing lha pulak sbb dulu masa tadika suka sangat nangis. Benda kecik pun nak nangis. Biasa lha kenn budak-II. Ayat famous yang cikhu selalu cakap bila jumpa dgn dea "Wahhh, dah besar anak murid cikgu nihh,makin segak cikgu tengok" *amboi cikgu saya taw lha dulu masa saya kecik-II saya selekeh tp sekarang saya dh besar lha of course nak jaga penampilan. Memang betul kata orang cikgu tadika mmg banyak mengajar kita. yelah masa kita masuk tadika dulu kita bukan tahu apa sangat. Cikgu tadika kla yang kenalkan kita n ajar kita ABC &123. Klu xde diorg tak mungkin hari ini kita akan jadi mcm sekarang.

2003-2008(SEKOLAH RENDAH)

Sekolah rendah mmg merupakan memori yang terindah lha. Masa darjah satu hari-hari mak akan datang waktu rehat sbb masa tu xtahu lg nak membeli n xdak kawan lg sbb baru jha pindah kat area situ. Zaman ni mmg best sbb kalau xrety nak buat kerja sekolah je mesty nangis mintak akak tolong buatkan. HAHAHA dgn muka yg masam dea pun tlg buat. Kalau dea xbuat konfirm esok tu xpegy sekolah. Bila dah naik darjah 2 ke atas tabiat ni pun semakin terhapus. Masa darjah 2 diela start pegy sekolah naik basikal. Seronok sgt masa tu tambah2 kalau hari ujan time nak balik sekolah..Fuhhhh mmg lencun kitorg n smua buku,kasut &beg basah. Keesokkan hari mmg xpegy sekolah dgn alasan kasut sekolah basah. Masa sekolah rendah mmg banyak sangat main2 sampai lupakan pelajaran. Tp cikgu kat Sekolah Kebangsaan Kampung To'Bidor mmg terbaikk ahh... SEmua sporting jhe. Bila dah naik darjah 6 baru nak pulun belajaq n Alhamdulillah diela dapat keputusan UPSR 4A 1B. Sejak hari terakhir persekolahan tahun 2008 hingga ke hari ini 24 mei 2012 diela xpernnah lagi jejakkan kaki ke sekolah tu. Bujan xnak pergy tp cuma masa tak mengizinkan.

Setakat ini shaja dulu. Insyaallah klu ada kesempatan diela akan sambung cerita ni.

Sincerely from my heart:

I'M BACK

Asslamualaikum ...fuhhh da lama sgt tak update blog nieyh. Sibuk sangat sekarang sampai dah tak sempat nak update entry baru. Insyaallah next diela akan kembali aktif dalam berblogging. Maklumlah sbb minggu depan kan dah bermula cuti penggal bagi tahun 2012. Minggu ni diela still ada exam mid-year and esok last paper. Harap-harap esok boleh jawab paper Kimia. .antara killer subjek yg digeruni tu.Rasanya sampai setakat ni saja kot entry kali ni..Salam Maghrib

Lots Of Love: Nurfazilah Bt Jamil

Kebosanan Melanda kerajinan Mendatang

Assalamualaikum semua..hey hey korang,diela nak tanya ni korang xbosan ke klu cuti-cuti tp duduk dekat rumah je??hahahaha sebenarnya diela tgh bosan nie n tetiba rajin pulak tangan ni nak tulis entry. tengok tajuk entry kali ni kebosanan melanda kerajinan mendatang. hehehe apa benda lha yang diela dok merapu ni pown xtaw. tp yang sebenarnya diela nak cerita sikit aktiviti diela tdy time tgh boring.
   Tahu tak diela buat apa??jeng jeng jeng. . diela buat kek coklat moist tdy petang. hah ni pic kek tu



diela saja upload pic kek ni kat fb then ada pulak yg request sruh buat utk diorang..hahaha bila pulak nak buat pun xtau lha sbb skrg mmg bz dgn kokurikulum n tusyen. tapi insyaallah diela akan buat jugak just wait n see..tetiba jha dpt ilham nak letak resipi masakan kat blog ni..lpas ni jenguk-jenguk lha blog ni klu nak tahu resepi apa yg diela nak letak keyh..





Gonna Miss U My Friends

      Assalamualaikum semua para blogger yg segak+cantik+cun dan hensem-hensem belaka. Selamat pagi dan Salam Maulidurasul. Seperti yang semua dah sedia maklum hari kan hujung minggu, esok dan lusa juga merupakan hari cuti jugak. Maybe ramai yang pergi holiday kan,tp diela just stay kat rumah ja.Berbalik kepada tajuk entry kali ini diela sebenarnya nk cerita sikit tentang my friends. Kenapa nak cita pasal dia??Tujuan diela tulis entry kali ini khas untuk membe diela yang akan berpindah ke sekolah baru. Huhuhu naik form4 mesti ramai yang nak pindah kan. Ada dua membe diela yang akan berpindah ke MRSM next week.

        1st one adalah Nurain Najiha. Dia ni memang budak top kat sekolah. Sentiasa mendapat tempat 1 and dia ni jenis yang tak kedekut ilmu. Klu kita tnya dea soal akademik insyaallah klu dia tahu dia akan bantu. Memang susah nak jumpa org yang macam ni sebab selalunya org yang pandai ni xnak share ilmu sbb takut orang lain lebih pandai dari dia. Tapi najiha bukan yang jenis mcm tu. Actually Najiha ni dapat dua tawaran satu ke sekolah berasrama penuh dan mrsm. Tapi dia pilih MRSM sbb dekat sikit dgn rumah dia berbanding dgn SBPI Kubang Pasu. Kami dah kenal since sekolah rendah lagi. Dari form 1 kitorg satu kelas n naik form4 terpisah kelas dan sekarng terpisah sekolah pulak. Yealah dia pindah pun untuk masa depan dia jugak. Xpa cuti skola nnty boleh jumpa jugak sbb rumah kami xjauh mna pun. .Ni ada gambar dia yang diambil secara senyap-senyap dari facebook..(hehehe sori kawan tak sempat nak bagi tahu. .)
ini lah Nurain Najiha
   Next ialah Dini Dayana. .dia ni seorang yg aktif dlm kokurikulum. untunglahkan koko pun aktif akademik poun terer. Dini ni pulak akan berpindah ke MRSM Merbok. .diela kenal dgn dini masa sekolah menengah n kitorg satu kelas since form2. .dini ni memang terbaik lha and dia ni suka buat lawak. .dia ni juga sporting n happy go lucky. lpas ni xda lha org yg nak buat lawak lg. hope dini sukses kat sana keyh. .jgn lupakan kami kat smkks. .lps ni rumah tok janggut xda lha atlit yang berbakat besar. .dini ni pandai kawat n salah seorang ahli kadet bomba dan juga antara orang kuat asrama.

yang ni ialah Dini Dayana
*setakat ini sahaja entry kali ini hope korang happy kat sekolah baru n belajar elok-elok auww..will miss both of u so much.



Me and Frendz

Hyeppp ouls. . good morning :)
      Assalamualaikum semua. . pepagi buta ni tetiba jha dapat inspirasi nak tulis entry. .diela ingat nak cita sal apa yang da berlaku semalam. . 
      Selasa 24/1/2012 tarikh diela kuar ngn mmbe g jusco. .kamy pegy 3 org jha , sbnarnya plan kamy nak pegy ari ni tapi ntah tba2 jha mmbe ajak pegy kmrin. its okay .  1st kitorg pegy hospital KPJ sbb nak melawat kawan mmbe tp rupanya org tu da keluar wad. .then dri KPJ terus pegy jusco. .tp xbest lha sbb bnyak kedai yg xbuka maklumlah kan cuti CNY. .tp nseb kedai yg diela nak pegy tu buka,mula-mula skaly kamy pergi beli tiket wyg cita Keramat,show dy pukul 3.35,then lepas thu pegy melilau cary kedai top up tp satu pun kedai top up xbuka.klu pegy jusco jhe msty jd mcm ni . .xpa la da naseb. .then kamy pown pegy makan kat pizza. .masa kat situ sesuatu perkara telah terjady hehehe teringin nak cita kat sini tp xbole lha kerana ia hanya akan memalukan seseorang itu. .habis jha makan operasi shopping pown bermula mmg shopping sakan r sbb lambat lg nak tgok wayang. . msa tu baru teringat yang petang tu diela ada klas tusyen addmath pkul 5.adoiii rasa mcm nak ponteng ja tp takut kna marah. last2 ambek keputusan nak blik awai n sruh abg dtg ambek. . tp tiket wayang tu mcm mna?klu tgok wyg sure habes lmbt so dgn haty yg xrela diela pown blah balek mcm tu jha n bg tiket tu kat mmbe. .seriusly xsngka membe sanggup buat keja gila sbb xnak tiket tu burm mcm tu saja. diorg sanggup ajak sapa ntah untuk ganty my place dh la xkenal then org tu lelaki. . Ya allah mmg nak mampos betul minah ni.  .xpa2 biaq kat depa. .ehhhhhh!!!tepanjang pulak cerita. .hmm actually diela ada hal nak kena setel so just setakat ni sja entry kali ini. . 





p/s;antara pic yg sempat snap. . maaf cerita tergantung :) so sorry dekat sorg mamat yg kena game dekat jusco kemrin keyh 

Aktiviti cuti tahun baru cina

Assalammualaikum semua. .
Fuhhh. .lama gila tak update blog , last update masa sebelum dapat result PMR ritu je kan?? Kononnya klu dapat result elok nak update lha dekat blog langsung tak . btw nak bg tahu lha alhamdulillah I got 8A in PMR :)
     Okeyh da cukup sebulan lebeyh xupdate blog ni kan? Dlm mAsa 1bulan nih banyak sgt yg da terjadi n kebanyakkan perkara berlaku tu smuanya mngecewakan. . apa pown yang berlaku semua tu hanyalah ujian dari Allah s.w.t. kepada Hanba-Nya. .
     Hari ni da masuk 3hari cuti sempena tahun baru cina , walaupun sebenarnya hari ni baru Raya. .diela nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada sesiapa sahaja yang menyambutnya .  .da xlarat nak makan buah limau. .
   Btw hari ni kan diela pergy kendury umah mmbe. . dy nih dlu satu skola dgn diela tp skung dea da pindah g skolah teknik. .dea ada buat kendury kesyukuran skit rinie sempena biethday dy ngn abg dy. .diela pown da janjy dgn mmbe nak pegy so xpa lha. . td ptg dekat pkul 3 mmbe call ckp dy xbole pegy ,  haishh jenuh cangak lha jugak nak pi dgn sapa , then naseb baik ada sorg mmbe ni nak teman. .sampai je kamy kat sana pergghhhh rasa mcm nak patah balik je. Taw dak pasai pa?hehehe mesty xtaw kan? sbb time kamy smpai tu org tgh dok baca doa. YA ALLAH malu kowd org pakat tgok. .naseb baik mmbe dok ada kat luaq sambut kamy(tuan rumah). . sampai-sampai jha dapat berita agak mngejutkan jugak lha. .taw dak apa? mmbe diela ckap mamat yg diela penah ada affair dlu tuhhh ada jugak!!time tu rasa mcm nak pengsan jha, maybe sbb diela ngn laky tu xpenah jumpa. .xpa lha diela just tawakal ja time tu. .them masuk2 dlm umah naseb ada mmbe2 skola xdak lha segan sgt. . then time tu diela ternampak muka mamat too . xsangka rupanya mamat tu hensem jugak msa tgok dlm pic xhensem pown. .xtahu lha dea kna ke tak diela tp dri cara dy ushar td tu rasa mcm seram jha. .dlm hati dok berdoa nak balik cepad je. .ada mcm2 makanan tp kitorg just mkan laksa. .klu ikutka haty diela rasa mcm xmau mkn. . dok ingt nak blik cepat2 ja. .lepas mkan terus cabut balik sbb da xtahan . .okeyh setakat ni ja yg sempat diela nak cite . gtg nak sembahyang isyak then nak skype dgn kawan. .Kbaii <3

Khas buatmu capital AI

YA ALLAH, kau permudahkanlah segala urusannya di dunia dan juga di akhirat. dengan itu kau tunjukkanlah kepadanya jalan yang lurus iaitu jalanmu YA ALLAH. engkau temukanlah dia dengan wanita solehah yang boleh menjaganya seumur hidup kerana aku tidak lagi mampu untuk berbuat sedemikian. engkau ampunilah dosa-dosa kami, dari sebesar-besar dosa hinggalah sekecil-kecil dosa kami YA ALLAH. engkau panjangkanlah jodohnya dengan sesiapa yang telah engkau tetapkan untuknya kerana sesungguhnya aku mahukan yang terbaik untuk dirinya. YA ALLAH, tabahkanlah hatinya dan kuatkanlah imannya agar tidak terjerumus ke lembah kehinaan. aku juga mohon padamu YA ALLAH agar engkau luputkan segala memori kami dari hatinya kerana itulah yang bakal menghalang kebahagiaannya dan janganlah biarkan dia menitiskan walau setitik airmata kerana aku mahu dia sentiasa bahagia.

tetapi YA ALLAH, andai dialah jodoh yang engkau tetapkan untukku, engkau permudahkanlah urusan kami untuk mendapatkan hubungan yang halal disisimu. engkau kuatkanlah hati kami untuk mengharungi onak duri kehidupan dan engkau kukuhkan kasih kami agar ianya kekal abadi.

YA ALLAH, aku mohon kepadamu, engkau tunjukkanlah kepadaku apakah benar keputusanku ini?apakah benar jalan yang kupilih ini?kerana sesungguhnya engkaulah YANG MAHA MENGETAHUI akan setiap sesuatunya

Debaran Semakin Terasa

        
               Assalammualaikum semua. .
malam ni diela nak update cite sal keputusan PMR. . huhh!! riuh kat fb semua dok pakat tulis status pasal result ja..adoii takutnya nak ambek result esok. .dah tinggi 10 jam je lg nak tahu hasil usaha selama tiga tahun nihh...hope dapat result gempak lhar . .esok diela nak g ambek result dgn mak n ayah. .harap2 ok lah keputusan xnak kecewakan parents. .doakan2 keputusa tahun lebih baik dari sebelumnya. .esokkena pakai uniform sekolah yang dah berkurun xpkai. . .excited nak jumpa kawan-kawan. .lama kowd xjumpa since cuti skolah start. . .

Ya Allah diela harap sangat esok semuanya berjalan lancar. .mintak2 apa yang diela target tu dapat la. .insyaallah klu result elok ada lharr entry baru tp klu tak diam2 je la. .hahaha esok klu xon0 fb tuhh jgn dok kata pa. .

Setakat ini saja entry kali ini. . nak g gosok baju then tidur. .tp taw la bole lena ke tak malam ni.  .gud nitez..luv u alls...

"YA ALLAH . kau beri kn lah MEREKA kputusn yg t'baik untk PMR thn 2011 pd 22/12 ini . ssguhnya egkau maha pmurah . setidak tidaknya kau berikanlah apa yg di diingini dan mampu membuatkan kedua ibu bapanya tsenyum YA ALLAH dan jgn lah kau brikan kegagalan . aminn . . sbarkan mcg nie pd 10 org rakan . jgn nyesal skiranya awk gagal dlm exam ni coz x forwardkn mcg ni! sy hnya mnjlnkn tugas yg di amanahkn kpd sya gud luck f0r esok"-copy dr fb-
copyright@segala yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik faz-diela.blogspot